4 Jenis Material Kabinet Dapur

4 Jenis Material Kabinet Dapur

Dapatkan sekarang sebutharga Kabinet Dapur terbaik hanya daripada pakar anda  MN Redmount Enterprise

✔️mempunyai tukang yg pakar & berpengalaman 

✔️memberikan hasil kerja terbaik, 100% pasti memuaskan hati anda

✔️KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI


  1. Kabinet dapur ABS Melamine

Melamin merupakan material yang paling popular untuk membina kabinet dapur di Malaysia. Ia boleh bertahan selama 3-5 tahun dan mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak. Terdapat dua jenis melamin iaitu kalis air dan tidak kalis air. Saiz melamin yang terdapat di pasaran adalah 6’ x 8’ x 16 mm dan sangat berat. 

Kelebihan

Kekurangan

Tahan lasak
 Mudah dibersihkan
 Kalis air, anti calar dan anti anai-anai
 Kemasan yang konsisten
 Lebih murah

Berat untuk memasangnya
 Kerja pemasangan yang susah dan harus teliti



 

  1. Kabinet dapur Solid / Nyatoh

Plynyatoh sandwich mempunyai 3 lapisan. Lapisan pertama adalah papan lapis meranti biasa yang bersaiz 3.6mm, lapisan kedua adalah kayu meranti yang bersaiz 1/2” x 1 6/8” dan lapisan terakhir adalah papan lapis yang berwarna putih bersaiz 3mm. Ia mempunyai pelbagai corak dan warna pilihan. Ia boleh bertahan selama 5-10 tahun.

Kelebihan

Kelemahan

Sangat ringan
 Mudah kering
 Senang dibersihkan
 Tahan lebih lama berbanding melamin

Harga yang mahal
 Memerlukan pemasangan kerja yang lama
 Kos yang tinggi untuk pemasangan

 

  1. Kabinet dapur Blockboard

Blackboard terdiri daripada susunan jalur kayu blok jenis (Resak) dan memerlukan HPL laminated atau Formica (Brand Laminated) yang berketebalan 1mm untuk bahagian kemasan permukaan luar jadi pelbagai pilihan warna yang boleh dipilih. 

Antaranya ialah Solid Colour (Matte & High Gloss), Fabric Texture, Natural, Woodgrain, Graphic Colour dan lain-lain lagi. Ia dilekatkan pada atas papan Blockboard. Setebal 18mm Blockboard digunakan untuk bahagian pintu kabinet supaya ia tahan dan kukuh.

Kelebihan

Kelemahan

Pintu ringan dan tidak mudah rosak
 Mempunyai serapan hentakan yang baik dan kukuh
 Kalis lembapan dan tahan kepada air
 Permukaan HPL Laminated Formica tahan calar
 Mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak
 Kos penyelenggaraan yang rendah

Teksturnya tidak konsisten apabila ia disusun melintang pada setiap pintu
 Memerlukan skil yang tinggi untuk memotong kepingan Formica
 Jika pintu terlalu tinggi, ia mudah meleding dan bengkok

 

  1. Kabinet dapur chipboard

Chipboard diperbuat daripada serpihan kayu yang terikat oleh resin sintetik dan dimampatkan untuk membentuk papan. Kemasan edging ditutup rapat dengan pvc abs untuk mengelakkan air dan serangga perosak daripada masuk. Ia terdiri daripada 2 reka bentuk iaitu Formica dan Melamine corak kayu. Ia juga adalah sejenis kayu berkualiti tinggi dengan campuran gam hijau pada kayu.

Kelebihan

Kelemahan

Harga yang berbaloi
 Anti anai-anai dan kalis air
 Susah untuk calar
 Tahan hentakan
 Anti kulat
 Terdapat pelbagai warna dan corak

Tahap kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kayu cip menjadi kembang
 Sesuai untuk jangka masa yang pendek sahaja
 Sangat berat

 

Anggaran Harga Kabinet Dapur

Kos keseluruhan kabinet perlulah mengambil kira jenis-jenis komponen kabinet yang terlibat seperti wall unit, base unit, fridge unit, tall unit, table top kabinet dan juga aksesori tambahan.

  • Harga untuk kabinet bahagian bawah:
     RM180 – RM240/kaki
  • Harga untuk kabinet bahagian atas:
     RM40 – RM55/kps
  • Harga untuk kabinet peti sejuk:
     RM60 – RM75 /kps  (lebih mahal berbanding kabinet bahagian atas kerana kedalaman kabinet peti sejuk lebih besar)
  • Harga untuk kabinet oven/microwave:
     RM380 – RM450 (harga untuk kabinet penuh sampai ke siling plaster)
  • Harga untuk table top quartz stone:
     RM150 – RM250 (rate harga mengikut kualiti Quartz Stone)

 

Harga tambahan kabinet dapur:

  • Aksesori seperti dish rack, spoon tray dan lain-lain lagi
  • Laci kabinet
  • Tebuk lubang sinki dan hob dapur pada table top quartz stone
  • Tebuk lubang pada dinding untk hood dapur (coring)
  • End panel/expose panel (EP) 
  • Pemasangan perkakas elektrik
  • Backsplash pada dinding
  • Kerja paip sinki
  • Kerja wiring
  • Penghantaran dan pemasangan

 

Cara Ukur Kabinet Dapur

  • Membuat pelan dapur  – Lakarkan pelan dapur anda dengan jelas dan tepat. 
  • Lukis susun atur kabinet dapur yang anda inginkan pada kertas tersebut.
  • Ambil pita pengukur pada satu hujung kabinet dapur.
  • Untuk mengukur lebar kabinet. Letakkan pita pengukur pada satu hujung dan tarik sampai ke hujung kabinet yang anda mahukan.
  • Baca dan tulis bacaan ukuran pada kertas yang telah di lakar. Tuliskan “w = ? inci”
  • Untuk mengukur ketinggian kabinet. Letakkan pita pengukur di bahagian atas kabinet dan tarik sampai ke bahagian bawah kabinet.
  • Baca dan tulis bacaan ukuran pada kertas yang telah di lakar. Tuliskan “h = ? inci”
  • Untuk mengukur kedalaman kabinet. Letakkan pita pengukur di belakang kabinet dan tarik ke luar.
  • Baca dan tulis bacaan ukuran pada kertas yang telah di lakar. Tuliskan “d = ? inci”

Kesemua jenis material kabinet dapur mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Jadi, ia terpulang kepada anda untuk memilih yang mana terbaik untuk dapur anda. Namun, lebih baik memilih jenis material yang sedikit mahal tetapi berbaloi dan tahan lama. kerana dapur merupakan ruang kerja yang paling banyak digunakan.